Kelebihan Menunggu Waktu Solat
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Sentiasalah sseorang kamu dianggap dalam sembahyangnya, selama menahan sembahyang tidak ada yang menghalangnya untuk kembali menemui ahli keluarganya melainkan kerana ia menunggu waktu sembahyang yang berikut”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kelebihan Solat Sunat Subuh
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar”.
(Riwayat al-Bukhari)
Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”.
(Riwayat Muslim)